Tuesday, April 6, 2010

bila nak bersalin ni.....


Hari ni yam ambik cuti rehat, nak berehat sket sebab esok dah due nak bersalin.... tapi tak taula baby nak keluar ke takmau.... duk tunggu-tunggu je bila anak sulung kami nak keluar ni, umi ngan walid dah tak sabar dah ni, orang lain yang mengandung dah bersalin dah.... nampaknya baby suka duk dalam rahim umi, selesakan... hehe..setiap kali bangun pagi... La tak bersalin lagi.... duk tunggu je tanda-tanda nak beralin 2 datang, tapi tak tau nak kata rasa sakit nak bersalin macammana nanti, moga-moga Allah permudahkan nanti....
sesekali duk muhasabah diri jugak bolehkah aku untuk menjadi seorang umi yang mampu membentuk anak yang soleh.... Takut nak kata.... melihat gelagat anak-anak zaman sekarang, maklumlah bila jadi cikgu ni banyak perkara yang dapat dilihat.... Ya Allah bimbinglah aku dalam mendidik dan memimpin anak ku menjadi insan yang soleh..... moga ku tak terssalah langkah dalam mendidik anakku... amin.

1 comment:

HaRiz^M said...

Yam...tahhiah kerana telah selamat menjadi ibu....semoga selepas ini bertambah ceria dan bahagia rumah tangga....