Wednesday, December 22, 2010

Terima kasih suamiku

Terima kasih pada suamiku yang banyak membantuku,
dalam membina sebuah keluarga
dirimu amat bernilai untukku..
tak tau macammana nak luahkan pada abang...
minta maaf segala salah silap
Allah dah makbulkan doa yam
supaya mendapat suami yang bertanggungjawab
Yam amat bersyukur mendapat seorang suami seperti abang
penyayang, pemurah, tak membuatkan yam rasa terbeban bila jadi isteri abang...hehe
kadang-kadang bila dengar rakan sekerja kat sekolah mengadu banyak kerja kat rumah n buat sorang-sorang. Yam rasa begitu bersyukur, sebab abang selalu tolong yam buat kerja rumah...
terima kasih suamiku....kaulah raja dihatiku....

Thursday, July 15, 2010

kecewa .......

Apabila dunia mula menempah akhir zaman
akhlak menjadi kucar-kacir
kecewanya perasaan seorang guru
apabila guru tidak lagi dianggap guru
setiap kata seorang guru tidak lagi dihiraukan
malah menjadi bahan sindiran dan ketawa

mengalirnya air mata melihat anak bangsa
terkinja-kinja dalam kealpaan
kata-kata mencarut meniti di bibir,
rokok
mana maruahmu anak bangsaku
bibir ini menutur kalimah nasihat
'jangan tinggal solat"
"solat tiang agama"

Tuesday, May 11, 2010

MUHAMMAD FATEH UMAR



Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan seorang insan yang bernama Muhammad Fateh Umar b Muhammad Amir shahreza..
YaAllah aku mohon kepadaMu sesungguhnya engkaulah yang maha kuasa penentu kepada setiap apa yang berlaku
YaAllah ampunilah dosaku, dosa suamiku,dosa anakku ,kedua ibubapa dan kedua mertuaku, ahli keluargaku, muslimin dan muslimat sekalian....ampunilah segala dosa kami samada dosa yang kami ketahui ataupun tidak. dosa yang kami sengajakan ataupun tidak, dosa yang terdahulu ataupun yang kemudian
sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun..
Ya Allah sejahterakanlah keluargaku, kembangkanlah lembayung rahmatmu keatas keluargaku... jadikanlah kami sebuah keluarga yang penuh mawaddah daripadaMu
jangan biarkan kami terleka dengan kehidupan dunia yang sementara ini

Ya Allah, Ya Tuhanku
jadikanlah anakku ini muhammad Fateh Umar, seorang anak yang soleh
taat pada kedua ibu bapa, seorang hamba yang bertaqwa kepadaMu...
jadikanlah dia seorang insan pembela agamamu
Ya Allah, jauhkanlah dirinya daripada tertipu dengan kehidupan dunia
tunjukkanlah jalan yang lurus kepadanya
Ya Allah aku mohon kepadaMu, sebagai seorang ibu yang melahirkannya
jadikanlah anakku ini seorang yang tidak meninggalkan solat
cerdas akal fikirannya, dan permudahkanlah pemahamannya
jadikanlah dia sepertimana cendikiawan-cendikiawan islam
yang mengharumkan nama islam dipersada dunia
sesunnguhnya engkaulah yang mengetahui apa yang terbaik untuk anakku ini...
amin

Sunday, May 2, 2010

DOA SEORANG ISTERI




Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...

Wednesday, April 28, 2010

pengalaman bersalin.......huhu

muhammad fateh umar b. muhammad amirshahreza




Satu anugerah Allah pada kaum wanita untuk merasai saat mengandung dan melahirkan anak. Tetapi tidak semua wanita berpeluang merasainya... Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untukku merasai betapa nikmatnya mengandung dan melahirkan anak. Masuk hari ke 20 pantang, baru ada rasa nak menulis balik...
Anakku muhammad Fateh umar, nanti bolehlah baca blog ummi, macammana rasanya saat melahirkan fateh....=)
8/4 ialah tarikh jangkaan doktor untukku melahirkan anak sulungku... Hari itu ialah hari khamis, hari persekolahan. Hari sebelum 2, 7/4 ummi mintak cuti, kot-kotla nak bersalin, tapi tak nak keluar-keluar jugak anak ummi ni... so esok kena pi sekolahlah jugak. Sampai sahaja kat sekolah semua cikgu terkejut ingatkan dah bersalin sebab ambil cuti semalam. Hari tu pun rasa tak larat je, ummi kuatkanlah kaki ummi pi sekolah.. cikgu-cikgu kat sekolah risau je kat ummi, takut terberanak kat sekolah...meja ummi bersebelahan ngan 2 orang guru cina, cg tan dan cg ooi merekalah yang paling prihatin kat ummi. bagi nasihat, semangat, kongsi pengalaman mereka bersalin. Hari tu mereka berdua tanya ummi, tak rasa sakitke?, ummi kata nak kata sakit takla sangat... biasa-biasa je. Cg Tan ada cakap kat ummi, ada jugak yang tak sakit tapi jalan dah terbukak... ummi senyum jela.. Bila masuk kelas, selepas memanjat bangunan 3 tingkat... fuh...lotihnya... bila masuk je kelas anak2 murid tanya, awat cg mai sekolah?, duduk kat rumahla berehat..sat gi bearanak kat sekolah... Saya sayang kat awakla, nak mengajar... kalau saya beranak kat sekolah awakla yang sambut...hehe, itulah jawapan ummi... Tapi hari tu, ummi dah rasa yang fateh dah tak duduk diam dah dalam perut, contraction pun rasa, tapi tak sakit sangat.... Hampir pukul 3.oo petang baru sampai rumah dari sekolah. Kebetulan hari itu ialah tarikh temu janji pi klinik... balik saja dari sekolah... ummi ngan abah bersiap-siap untuk ke klinik. tiba sahaja di klinik, alhamdulillah takla ramai sangat, ambil turn nak buat check up. Nurse pun check detail la sket sebab dah sampai minggu ke 40, tarikh bersalin pulak hari tu, lepas je jumpa nurse, tiba masa jumpa doktor sebab dah masuk tarikh bersalin dan ummi pun ada bagitau depa yang bayi dalam kandungan pun banyak bergerak jugak... masuk sahaja bilik doc, dia scan ndan cek jalan kelahiran...rupa-rupanya dah terbuka 4cm dah... huhu. bila doc kata cam tu rasa nak menitis air mata, sebab masa yang ditunggu dah tiba dan rasa takut pun ada... Doc kata terus pi hospital, tak payah singgah mana-mana, pi makan dulu ke... doc ni macam tahu-tahu je yang ummi nak makan dulu..., yela balik sekolah tak makan nasi lagi...
Lepas pi klinik, singgah kedai sat beli makanan kegemaran ummi, nasi goreng kampung, balik rumah terus bersiap-siap, mak n pak mertua tak ada kat rumah sebab pi ipoh adik ipar ada temuduga hari tu, Depa duk asyik telefon je, betapa risaunya.. biasalah ummi ngan abah mana ada pengalaman menimang cahaya mata ni..
ummi bersiap-siap, masukkan baju baby, telekung solat, quran, niat di hati ummi ada masa nak baca... ummi taklah gelabah sangat, sebab orang kata bersalin sulung ni take time sikit, itu yang tak kalut2... pukul 7 petang baru bertolak ke hospital taiping, sampai kat sana dalam pukul 8.10 malam..dalam perjalanan ummi ngan abah asyik baca "lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzholimin"
tiba sahaja di sana, doc india perempuan yang mai cek pulak... abah pi solat maghrib dulu dan ambil barang-barang kat kereta.. ok puan tinggal semua barang-barang berharga... kita nak masuk bilik bersalin ni, dah tiba proses bersalin... uh yeke, ingatka tak payah masuk lagi. ummi tak sempat solat maghrib hari tu... 2 banda sahaja ummi curi-curi bawak masuk, ubat mudah bersalin dan air selusuh yang ummi ambil kat klinik homoepati...
Masa nak masuk bilik bersalin, smpat lagi abah pesan kat ummi, " yam ingat pesan abang, push-push" sempat lagi abah buat lawak..
masuk je bilik bersalin, duk tegok 2-3 orang pesakit tengah menahan sakit nak bersalin... oh macam ni ke bilik bersalin... maklumla first time.... ummi dijemput baring atas katil, dengan pakaian untuk bersalin. sempat ummi makan ubat mudah bersalin beberapa biji je, yang lain tak sempat sebab nurse nampak. tapi air selusuh ummi sembunyikan bawah bantal... hehe
Bila baring, segannya sebab ada doc lelaki gak... doc india tu datang untuk pecahkan air ketuban, tapi air ketuban ummi keluar sikit-sikit je... selang setengah jam dia mai induce pulak nak bagi contraction tu kuat... selang setengah jam pulak dia bagi ubat tahan sakit. Ummi mintak izin ngan nurse nak minum air selusuh, dia kata minum sekarang sat gi takleh minum dah... minumlah beberapa titik sebab air tu jenis titik saja... tapi sembunyi gak bawah bantal. sambil duk tunggu-tunggu rasa nak bersalin tu duk perhatikan orang lain yang sedang sakit... lama-lama mata layu, fuh ngantuknya... tidolah dulu... bila terjaga titik sikit air selusuh dalam mulut, alhamdulillah bawa air tu, sebab rasa dahaga jugak duk dalam bilik bersalin ni...
tengah duk tido kadang-kadang terjaga 2 terdengar seorang patient yang menjerit, sedang bertarung nyawa nak melahirkan anaknya, satu dewan bersalin dengar... fuh gerun mendengar, macam ni ke nanti nak bersalin,... huhu takut.. alhamdulillah terdengar jugak akhirnya tangisan bayinya...
Tepat pukul 12.oo malam, rasa sakit dah mula terasa tapi dapat bertahan lagi, sempat lagi sambung tidor.. lama-kelamaan pukul 1.30 pagi, mula terasa contraction 5 minit sekali, sekejap2 tengok jam kat dinding... takleh duk diam dah time ni gelisah semcam je, rasa sakit pinggang... nurse ada kata kalau sakit bagitau dia... tapi ummi diam je.. menahan sakit pun sorang-sorang, sebab malu jugakla takkan nak menjerit panggil nurse..huhu..
nurse yang nampak riak wajah ummi kegelisahan saja menahan sakit... dia tanya kenapa... ummi jawab sakit pinggang sangat-sangat....tak tertahan dan tak boleh duk diam dah.. nurse suruh ummi mngiring dan teran sikit-sikit... berkesan jugak cara 2, kurang sikit saja sakit... Asyik-asyik tengok jam kat dinding.. agak-agak pukul berapala fateh nak keluar ni...masa ni teringat kat hubby, mesti syok kalau hubby ada tolong gosok kat belakang rasa sakit yang tak tertahan. doc mai cek jalan, dah terbuka 8cm.... kena tunggu sikit lagi sampai terbuka 10 cm...
lebih kurang pukul 3 lebih pagi , masa yang sesuai untuk ummi push sebab dah terbuka 10 cm...
Ya Allah masa ni la masa yang xlarat sangat, habis nafas-nafas nak push baby... dah banyak kali percubaan ummi buat tak keluar-keluar.. sampai nurse 2 cam give up je dia kata jantung bayi dah lemah ni, kesian kat anak puan, hati ummi pun sebenarnya nak give up, terdetik juga nak suh operate je... tapi ada sorang nurse lagi bagi semangat... alhamdulillah. Tapi kebanyakan mereka bagi semangat kat ummi termasuklah doc sekali... baby ummi besar 2 yang susah nak keluar, ummi kena guna banyak tenaga nak push, sampaikan nurse suruh ummi gigit kain sambil teran.. Dekat setengah jam meneran... nurse dan doc ambil besi nak sangkut kaki ummi, nak memudahkan, tapi lenguhla sikit... time 2 duk teran2.. sampai satu tahap, ditambah terasa sakit digunting pulak... aduh..
hampir beberapa kali percubaan meneran, hinggakan doc cina 2 tolak perut ummi dari atas nak bagi baby keluar, dan akhirnya pukul 4.05 pagi baru fateh keluar... tanpa tangisan, selang beberapa minit baru fateh nangis... nurse pun tunjuk kat ummi, laki ke pompuan... ummi jawab laki..alhamdulillah.. selesai je meneran ummi sambung tido tak larat, rasa cam mimpi je...walhal time 2 nurse dan doc duk tengah cuci rahim ummi.. tersedar balik bila depa nak jahit semula... aduh sakitnya... rasa lebih sakit berbanding bersalin.. sekejap-sekejap ummi tanya bila nak habis ni... macam kulit disiat-siat..huhu 1 jam setengah doc ambil masa nak jahit...

Tuesday, April 6, 2010

bila nak bersalin ni.....


Hari ni yam ambik cuti rehat, nak berehat sket sebab esok dah due nak bersalin.... tapi tak taula baby nak keluar ke takmau.... duk tunggu-tunggu je bila anak sulung kami nak keluar ni, umi ngan walid dah tak sabar dah ni, orang lain yang mengandung dah bersalin dah.... nampaknya baby suka duk dalam rahim umi, selesakan... hehe..setiap kali bangun pagi... La tak bersalin lagi.... duk tunggu je tanda-tanda nak beralin 2 datang, tapi tak tau nak kata rasa sakit nak bersalin macammana nanti, moga-moga Allah permudahkan nanti....
sesekali duk muhasabah diri jugak bolehkah aku untuk menjadi seorang umi yang mampu membentuk anak yang soleh.... Takut nak kata.... melihat gelagat anak-anak zaman sekarang, maklumlah bila jadi cikgu ni banyak perkara yang dapat dilihat.... Ya Allah bimbinglah aku dalam mendidik dan memimpin anak ku menjadi insan yang soleh..... moga ku tak terssalah langkah dalam mendidik anakku... amin.

Thursday, March 25, 2010

Rasa tak terungkap

Hari ni masuk minggu ke 38 kehamilan anak sulungku...... fuh rasa yang tak terungkap untuk ku ceritakan, rasa dah tak sabar nak keluarkan baby ni dari rahim, sungguh terkadang rasa tak tertanggung nak bawak perut, naik turun tangga kat sekolah....huhu. kadang-kadang nak menitis air mata, apatah lagi bila kerja kat sekolah bertambah pulak.... huhu xlarat....buat kerja kat sekolah pun dah jadi lembab mungkin baby besar sangat, beratku sekarang dah naik dekat 20 kg... ... " yam bila nak bersalin ni nampak cam dah turun je perut 2" yam ok tak? larat lagi ke? boleh bertahan lagi? itulah kata-kata yang tersembul keluar oleh cikgu-cikgu kat sekolah bila terserempak... nampak sangat dah xlarat....yela mana taknya sakit urat nak berjalan, nak berjalan pun susah apatah lagi nak naik tangga. Tiap-tiap hari husbandla yang jadi tukang urut (thanks)...Tapi disebalik kelemahan yang dianugerahi Allah pada insan yang bergelar wanita, sebenarnya ia satu kenikmatan ' kesakitan itu satu anugerah' .. moga dosa ku terampun...
Dalam masa yang sama tak nak lagi baby keluar sebab ada interview 2/4 ni..... satg kena tangguh pulak, 2 yang tak seronok 2.... "Ya Allah aku mohon pilihan yang terbaik daripadaMu kerana hanya engkau yang tahu apa yang terbaik buat hambaMu. Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Ya Allah ampunkanlah dosaku"