Thursday, March 25, 2010

Rasa tak terungkap

Hari ni masuk minggu ke 38 kehamilan anak sulungku...... fuh rasa yang tak terungkap untuk ku ceritakan, rasa dah tak sabar nak keluarkan baby ni dari rahim, sungguh terkadang rasa tak tertanggung nak bawak perut, naik turun tangga kat sekolah....huhu. kadang-kadang nak menitis air mata, apatah lagi bila kerja kat sekolah bertambah pulak.... huhu xlarat....buat kerja kat sekolah pun dah jadi lembab mungkin baby besar sangat, beratku sekarang dah naik dekat 20 kg... ... " yam bila nak bersalin ni nampak cam dah turun je perut 2" yam ok tak? larat lagi ke? boleh bertahan lagi? itulah kata-kata yang tersembul keluar oleh cikgu-cikgu kat sekolah bila terserempak... nampak sangat dah xlarat....yela mana taknya sakit urat nak berjalan, nak berjalan pun susah apatah lagi nak naik tangga. Tiap-tiap hari husbandla yang jadi tukang urut (thanks)...Tapi disebalik kelemahan yang dianugerahi Allah pada insan yang bergelar wanita, sebenarnya ia satu kenikmatan ' kesakitan itu satu anugerah' .. moga dosa ku terampun...
Dalam masa yang sama tak nak lagi baby keluar sebab ada interview 2/4 ni..... satg kena tangguh pulak, 2 yang tak seronok 2.... "Ya Allah aku mohon pilihan yang terbaik daripadaMu kerana hanya engkau yang tahu apa yang terbaik buat hambaMu. Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Ya Allah ampunkanlah dosaku"

Tuesday, March 16, 2010

kenangan


Hari ni, 16 mac 2010, musim cuti sekolah, duk dalam bilik sorang-soarang ni rasa cam nak menulis sesuatu.... hubby pi tolong mak abah kemas kedai, pindah ke kedai baru kat parit buntar..... so now i'm alone...
Gambar sebelah ni ialah gambar time pi cameron highland selepas pulang dari rumah kakak di petaling dan dari muktamar dsiusm bulan 12,tahun 2009 di Batu caves...ikut melalui simpang pulai
saja nak menggamit kenangan 3 bulan lepas.... kami p berdua sahaja sebab nak privacy sket... hehe. ops terlupa pulak pergi bertiga cuma yang sorang lagi masih dalam kandungan usianya 6 bulan. Tapi masa ni duk tunggu masa nak bersalin dah masuk bulan ke 9.... Alhamdulilah Allah masih memberi kesempatan kepada kami berdua menjejak kaki ke cameron highland walaupun time tu ada masalah kewangan sket.... Tapi kami decide pi juga, sebab hubby dah janji nak bawak pi jalan-jalan.... honeymoon katakan, lagipun mungkin selepas ni dah susah nak pi jalan-jalan sebab ada anak kecik, duit boleh dicari... Pemandangan di Cameron Highland amat menyejukkan mata, suasana yang nyaman, udara yang segar... subhanallah, sungguh agung ciptaan Allah, tapi manusia cunba untuk memusnahkanyya sikit demi sedikit.... Yang paling tak syok ialah majoriti penduduk yang menjajah daerah sana ialah cina. Merekalah yang membuka penempatan disana tanpa kebenaran.... bila didenda oleh kerajaan , mereka senang sahaja hanya mengeluar sedikit wang sahaja, dah dapat meloloskan diri dari pihak berkuasa, sempat kami bermalam disana kat hotel sentosa kalau tak silap, time tu musim cuti sekolah ramai pelancong datang dan kebanyakan hotel semua penuh..... terima kasih pada hubby ku yang sanggup meluangkan masa, membelanjakan duit untuk pi sana.. hehe. nanti ada masa , umur panjang kita pi pulak tapi mungkin bukan berdua lagi....