Friday, January 29, 2010

TERIMA KASIH




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan semua makhluknya... pejam celik-pejam celik dah hampir 7 bulan dah kandungan ku ini. Di akhir trimester ni, maklumlah banyak sakit-sakit badan, sakit pinggan, nak tidur pun susah....cepat letih, awal-awal tahun ni biasala banyak kerja kat sekolah nak diuruskan, tambahan pula dilantik menjadi timbalan ketua rumah sukan... huhu mesti aktif anak saya nanti... tetapi semua ini adalah anugerah Allah, walaupun banyak yang dilalui sebenarnya yang susah, sakit itulah nikmat yang kita akan rasai kelak....


terima kasih sangat pada suamiku yang banyak berkorban, hantar dan ambil ku kat sekolah, sekolahku yang ditempatkan jauhla jugak, pagi-pagi pergi kesekolah mesti turun pukul 6.30, kalau lambat, nasiblah kat suamiku dia pulak yang lambat ke sekolah.... kesian kat dia... Dalam perjalanan ke sekolah mesti singgah beli kuih makan dalam keta... suamiku drive keta, diri ini pulak suapkan kuih kat mulut dia... hehe.... tapi mugkin selepas ni dah kena belajar drive sendiri.... huhu


Abang.... salah satu sebab yam malas nak drive sendiri sebab nak suapkan kuih kat abang... pagi-pagi... hehe, ditambah pulak dengan tak cekap lagi bawak kereta..... lagila malas nak drive, orang tengok pun nampak takut....harap-harap dipermudahkan segala urusan nanti... setakat ni la dulu nanti sambung lain...