Tuesday, March 16, 2010

kenangan


Hari ni, 16 mac 2010, musim cuti sekolah, duk dalam bilik sorang-soarang ni rasa cam nak menulis sesuatu.... hubby pi tolong mak abah kemas kedai, pindah ke kedai baru kat parit buntar..... so now i'm alone...
Gambar sebelah ni ialah gambar time pi cameron highland selepas pulang dari rumah kakak di petaling dan dari muktamar dsiusm bulan 12,tahun 2009 di Batu caves...ikut melalui simpang pulai
saja nak menggamit kenangan 3 bulan lepas.... kami p berdua sahaja sebab nak privacy sket... hehe. ops terlupa pulak pergi bertiga cuma yang sorang lagi masih dalam kandungan usianya 6 bulan. Tapi masa ni duk tunggu masa nak bersalin dah masuk bulan ke 9.... Alhamdulilah Allah masih memberi kesempatan kepada kami berdua menjejak kaki ke cameron highland walaupun time tu ada masalah kewangan sket.... Tapi kami decide pi juga, sebab hubby dah janji nak bawak pi jalan-jalan.... honeymoon katakan, lagipun mungkin selepas ni dah susah nak pi jalan-jalan sebab ada anak kecik, duit boleh dicari... Pemandangan di Cameron Highland amat menyejukkan mata, suasana yang nyaman, udara yang segar... subhanallah, sungguh agung ciptaan Allah, tapi manusia cunba untuk memusnahkanyya sikit demi sedikit.... Yang paling tak syok ialah majoriti penduduk yang menjajah daerah sana ialah cina. Merekalah yang membuka penempatan disana tanpa kebenaran.... bila didenda oleh kerajaan , mereka senang sahaja hanya mengeluar sedikit wang sahaja, dah dapat meloloskan diri dari pihak berkuasa, sempat kami bermalam disana kat hotel sentosa kalau tak silap, time tu musim cuti sekolah ramai pelancong datang dan kebanyakan hotel semua penuh..... terima kasih pada hubby ku yang sanggup meluangkan masa, membelanjakan duit untuk pi sana.. hehe. nanti ada masa , umur panjang kita pi pulak tapi mungkin bukan berdua lagi....

Saturday, February 6, 2010

Monday, February 1, 2010

BETAPA LEMAHNYA AKU....


Hari-hari yang aku lalui disekolah, seakan tiada ucapan yang mampuku ungkapkan, baru sebulan mengajar tetapi ia benar-benar menguji kesabaran seorang hamba Allah. Bukan mudah hendak mendidik anak bangsa sendiri apatah lagi bangsa lain. Setiap hari diri ini asyik memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk membentuk insan yang terpilih menjadi anak muridku ini…
Di SMK RAJA LOPE NOR RASHID, diberi tanggungjawab mengajar sains tingkatan 4, tetapi alangkah sedih melihat gelagat anak muridku yang bila aku mengajar, ada yang makan, menyanyi, merayau,sembang macam-macam lagi yang membuatkanku hilang kesabaran, setiap teguranku ibarat mencurah air ke daun keladi…. Itulah kelas 4R8, semua lelaki dalam kelas tersebut.. mungkin sekarang sistem pendidikan lebih menjurus kepada mengajar sahaja, mendidik tidak diperlukan lagi untuk mereka….
Kadang-kadang rasa nak menitis air mata melihat gelagat mereka di depan insan yang menjadi guru yang mendidik mereka, Ya Allah betapa lemahnya aku untuk menghadapi semua ini, tanpa bimbingan Mu, aku mudah rebah dalam perjalanan mendidik anak bangsaku ini hanya doa dan pengharapan ku kepada anak bangsaku sahaja yang mampu

YA UMMI

Ya Allah engkau sejahterakanlah ibu ku yang bersusah payah, bertarung nyawa melahirkan aku, ampunilah segala dosanya dan perkenankanlah hajatnya.... terima kasih wahai ibuku

terima kasih untuk ibu mertuaku yang juga bersusah payah dan bertarung nyawa melahirkan suamiku yang tercinta.... untuk mu ibu.........

Friday, January 29, 2010

TERIMA KASIH




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan semua makhluknya... pejam celik-pejam celik dah hampir 7 bulan dah kandungan ku ini. Di akhir trimester ni, maklumlah banyak sakit-sakit badan, sakit pinggan, nak tidur pun susah....cepat letih, awal-awal tahun ni biasala banyak kerja kat sekolah nak diuruskan, tambahan pula dilantik menjadi timbalan ketua rumah sukan... huhu mesti aktif anak saya nanti... tetapi semua ini adalah anugerah Allah, walaupun banyak yang dilalui sebenarnya yang susah, sakit itulah nikmat yang kita akan rasai kelak....


terima kasih sangat pada suamiku yang banyak berkorban, hantar dan ambil ku kat sekolah, sekolahku yang ditempatkan jauhla jugak, pagi-pagi pergi kesekolah mesti turun pukul 6.30, kalau lambat, nasiblah kat suamiku dia pulak yang lambat ke sekolah.... kesian kat dia... Dalam perjalanan ke sekolah mesti singgah beli kuih makan dalam keta... suamiku drive keta, diri ini pulak suapkan kuih kat mulut dia... hehe.... tapi mugkin selepas ni dah kena belajar drive sendiri.... huhu


Abang.... salah satu sebab yam malas nak drive sendiri sebab nak suapkan kuih kat abang... pagi-pagi... hehe, ditambah pulak dengan tak cekap lagi bawak kereta..... lagila malas nak drive, orang tengok pun nampak takut....harap-harap dipermudahkan segala urusan nanti... setakat ni la dulu nanti sambung lain...

Tuesday, December 22, 2009


" UNTUKMU YANG TERSAYANG, BERMAIN DIFIKIRAN.....
Cukup bulan 12 ni dah 6 bulan lebih dah bergelar seorang isteri kepad Muhammad Amirshahreza b. Abdullah... dan Alhamdulillah rezeki Allah padaku dan suami, sekarang kandunganku dah menjangkau 5 bulan lebih....
sahabatku, nik nurbaiti dah selesai melahirkan puteri sulungnya pada 15/12 baru ni... tahniah!
aku pulak taktaula macammana, dapat baby laki ke pompuan... hari tu scan dr kata baby 2 sembunyikan, tak nampak jantina,pemalu agaknya. Takpala nak bagi surprise kot. Bagiku tak kisah laki ke pompuan yang penting diri ini dapat mendidik anak nanti menjadi insan soleh-solehah, selamat di dunia dan akhirat..... ni gambar kat kg kelate, masa ni tak pregnant lagi... perut pun tak nampak...

Thursday, July 2, 2009

Permulaan..

Permulaan kehidupan bergelar seorang isteri ibarat seorang insan yang baru lahir kedunia, mengenali insan-insan yang selama ini asing dengan kita, tetapi setelah bergelar isteri mereka sebahagian daripada kita. Adik-beradik ipar, mak mertua, ayah mertua, semuanya mejadi sebahagian daripada hidup kita. Isteri seorang yang perlu banyak berkorban, perlu meninggalkan apa yang selama ini menjadi darah dagingnya, perlu menerjah ke sebuah kehidupan yang tak pernah dialami. ketaatan bermula berpindah dari ibubapa kepada insan yang bergelar suami, yang tak pernah tinggal sebumbung pun.