Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan seorang insan yang bernama Muhammad Fateh Umar b Muhammad Amir shahreza.. YaAllah aku mohon kepadaMu sesungguhnya engkaulah yang maha kuasa penentu kepada setiap apa yang berlaku YaAllah ampunilah dosaku, dosa suamiku,dosa anakku ,kedua ibubapa dan kedua mertuaku, ahli keluargaku, muslimin dan muslimat sekalian....ampunilah segala dosa kami samada dosa yang kami ketahui ataupun tidak. dosa yang kami sengajakan ataupun tidak, dosa yang terdahulu ataupun yang kemudian sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun.. Ya Allah sejahterakanlah keluargaku, kembangkanlah lembayung rahmatmu keatas keluargaku... jadikanlah kami sebuah keluarga yang penuh mawaddah daripadaMu jangan biarkan kami terleka dengan kehidupan dunia yang sementara ini
Ya Allah, Ya Tuhanku jadikanlah anakku ini muhammad Fateh Umar, seorang anak yang soleh taat pada kedua ibu bapa, seorang hamba yang bertaqwa kepadaMu... jadikanlah dia seorang insan pembela agamamu Ya Allah, jauhkanlah dirinya daripada tertipu dengan kehidupan dunia tunjukkanlah jalan yang lurus kepadanya Ya Allah aku mohon kepadaMu, sebagai seorang ibu yang melahirkannya jadikanlah anakku ini seorang yang tidak meninggalkan solat cerdas akal fikirannya, dan permudahkanlah pemahamannya jadikanlah dia sepertimana cendikiawan-cendikiawan islam yang mengharumkan nama islam dipersada dunia sesunnguhnya engkaulah yang mengetahui apa yang terbaik untuk anakku ini... amin
Ya Allah Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati suaminya...